MyParks Trip to FRIM

Lawatan Ahli-ahli Bersekutu Pelajar MyParks (Universiti Teknologi MARA) ke FRIM di bawah Jawatankuasa Kerja Pendidikan dan Program.

Ahli-ahli Bersekutu Pelajar Pertubuhan Pengurusan Taman, Ameniti Dan Rekreasi Malaysia (MyParks) daripada kalangan pelajar Bidang Pengurusan Taman dan Ameniti (CFAP230), Pengajian Sains Geomatik dan Sumber Alam, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam dan mendaftar kursus PMG612 Planning and Managing Natural, Cultural and Historical Sites dan kursus PMG616 Park and Environmental Management telah mengadakan lawatan ke Forest Skywalk, Denai Keruing dan taklimat di Auditorium FRIM pada 27 April 2024. Lawatan ini telah melibatkan 57 orang pelajar dan 2 orang pensyarah.

Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan pengurusan dan pemuliharaan taman serta ekosistem hutan serta kaedah pengurusan dan perancangan tapak semulajadi, bersejarah dan budaya di mana FRIM merupakan salah satu kawasan rekreasi terkenal yang dicontohi. Selain daripada itu, ia juga dapat memberikan banyak kebaikan kepada pelajar dalam pelbagai aspek, termasuk kesedaran alam sekitar, penghargaan terhadap kepelbagaian biodiversiti, dan pembangunan kemahiran sosial.

Taklimat mengenai Pertubuhan Pengurusan Taman, Ameniti dan Rekreasi Malaysia, Malaysia Parks Amenity and Recreation Management Society (MyParks) serta ceramah bertajuk “Conservation and Management of FRIM Campus” telah disampaikan oleh Dr Noor Azlin Yahya, di Auditorium FRIM. Ahli-ahli MyParks yang terlibat secara langsung termasuk Ts. Dr Nor Hanisah Mohd Hashim (Pensyarah Kanan, Bidang Pengurusan Taman dan Ameniti, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam), Nurul Akmaniza Mohd Nasir (Pensyarah, Bidang Pengurusan Taman dan Ameniti, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam), Wan Nafizul Al-hali Wan Ahmad, Faten Naseha Tuan Hussain dan Norshahidah Hussin.