MyParks at 4th My EE CONFERENCE

4th Malaysia Environmental Education Conference (MEEC 2024) telah diadakan di Rainforest Discovery Centre, Sandakan pada 14-16 Oktober 2024. Dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama Sabah Environmental Education Network (SEEN) dan World Wide Fund (WWF) Malaysia, persidangan itu menghimpunkan kira-kira 160 peserta daripada pelbagai sektor, termasuk agensi kerajaan, NGO, sektor swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah.

Dr Noor Azlin Yahya telah mendapat jemputan untuk memberi ucaptama di dalam persidangan ini dan beliau telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Mainstreaming Environmental Education in Malaysia: Networking for Effectiveness”.

Persidangan ini dihadiri oleh 160 orang peserta. Peserta-peserta juga berpeluang untuk melawat kawasan-kawasan pemuliharaan seperti “Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre”.