Artikel Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK), Kuala Lumpur merupakan kawasan ‘green lung’ yang terletak di tengah-tengah kawasan Bandar yang berkepadatan tinggi. Taman yang berkeluasan 404.2 ekar ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Semenjak awal tahun 1980an lagi kawasan ini telah diperuntukan sebagai kawasan hijau untuk dimajukan sebagai sebuah Taman Arboretum Negara. Pada 1 Ogos 2010, pihak Jabatan Landskap Negara mula mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan Taman Persekutuan Bukit Kiara dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada tahun 2011, Jabatan Landskap Negara telah menghasilkan satu Cadangan Pelan Induk Landskap TPBK yang berkonsepkan TAMAN + ARBORETUM. Konsep TAMAN + ARBORETUM ini adalah untuk menjadikan kawasan hijau Bukit Kiara sebagai muzium hidup yang menempatkan koleksi tanaman. Ia meliputi pokok-pokok utama, pokok hutan, pokok teduhan dan pokok landskap di samping pelbagai koleksi tumbuh-tumbuhan lain yang menarik serta mempunyai pelbagai nilai etnobotani dan konservasi. Pembangunan kawasan koleksi tanaman dan gaya penanaman dicadangkan dan direkabentuk mengikut pendekatan perhutanan dan seni bina landskap yang berasaskan kepada keadaan semulajadi tapak iaitu berbukit dan bercerun. Di samping itu, keadaan sedia ada kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok getah dan pokok-pokok hutan sekunder serta ulu Sungai Penchala masih lagi tidak tercemar. Pembangunannya juga akan mengambil kira keseimbangan ekologi kawasan hijau dengan mempertingkatkan kepelbagaian biologi, menggambarkan fungsi taman yang mampan untuk generasi akan datang dan menyerlahkan keindahan serta keunikan kawasan sebagai sebuah taman yang boleh dijadikan ikon dan mercu tanda hijau di ibu Negara.

Taman + Arboretum juga akan menjadi tarikan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira sama ada orang awam, para pelajar mahupun para penyelidik. Pengunjung akan tertarik untuk datang meneroka koleksi tanaman yang ada, mengikuti program pembelajaran dan interpretasi serta menghayati persekitaran taman dengan cara menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi bagi mencapai kehidupan yang sihat dan berkualiti.

Berdasarkan taburan kawasan lapang dan rekreasi di dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, kawasan lapang sedia ada di Bukit Kiara dan kawasan hijau di sekitarnya akan dikekalkan. Sebuah taman botani (arboretum) akan dibangunkan di utara Taman Bukit Kiara yang akan mewujudkan satu jaringan kawasan lapang yang bersambungan merangkumi padang golf ke Selatan, pusat ekuestrian dan kemudahan rekreasi ke arah Timur, seterusnya membentuk satu rangkaian kawasan hijau dan kawasan lapang yang luas.

Hasil daripada kajian tersebut mendapati, pembangunan Taman Persekutuan Bukit Kiara ini boleh dibahagikan kepada 6 Zon Pembangunan. Pembangunan ini adalah berdasarkan kepada keadaan permukaan dan inventori semasa di tapak.

Zon Pentadbiran dan Garden Centre merupakan salah satu komponen paling utama di dalam pembangunan taman ini. Ianya meliputi komponen pentadbiran, pembelajaran, kluster industri, kemudahan sokongan dan rekreasi keluarga.

Seterusnya, Zon Arboretum, kawasan taman arboretum meliputi kira-kira 65% daripada keluasan keseluruhan Taman Persekutuan Bukit Kiara Kuala Lumpur. Ia akan menempatkan ‘muzium hidup’ bagi koleksi tumbuhan tropika terutamanya spesis pokok-pokok hutan serta tumbuhan tropika yang lain. Zon Tropika Khatulistiwa – Asia pula terdiri daripada spesis-spesis pokok hutan berkayu di kalangan negara-negara Asia Pasifik termasuk dari India ke China Selatan, Malaysia dan Indonesia sehingga ke Australia Utama.

Tambahan lagi, wujud kepelbagaian ekologi dan nukleus taman tema kecil seperti Zon Arboretum Bernilai Tinggi , Zon Hutan Komuniti / Hutan Kita Kiara, Koleksi Spesis Paku Pakis, Koleksi Spesis Buluh, Buah-Buahan Nadir, Heliconia dan Ginger, Tumbuhan Memanjat, Palma, Herba dan Ubat-Ubatan. Selain daripada itu, Zon Taman Botani juga diwujudkan khusus untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran. Zon Tropika Khatulistiwa – Afrika, Amerika, Zon Riperian / Konservasi Hidrologi dan Zon Biodiversiti (Forest Restoration) pula merupakan zon-zon lain yang merupakan sebagai zon penampan semulajadi dan pengkayaan.

Kawasan Taman Persekutuan Bukit Kiara ini terdiri daripada kawasan dengan topografi yang berbukit dan beralun. Titik terendah adalah 61m manakala titik tertinggi di taman ini adalah 264m dari aras laut. Luas keseluruhan kawasan ini adalah dianggarkan sebanyak 466.86 ekar dengan kawasan yang tertinggi ini adalah di puncak bukit di bahagian Barat Laut. Secara keseluruhannya, keadaan bentuk muka bumi di bahagian utara kawasan kajian adalah merupakan kawasan bercerun tinggi.

Jadi, di kawasan ini juga terdapat kawasan tadahan air yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti berbentuk pasif manakala di bahagian selatan kawasan kajian, ia mempunyai bentuk muka bumi yang beralun dan landai yang sesuai untuk menjalankan aktiviti aktif. Walaubagaimanapun, menurut amalan perhutanan dan pertanian, topografi yang melebihi 40 darjah adalah tidak sesuai untuk sebarang aktiviti.

Selain untuk mengelakkan berlakunya risiko tanah runtuh, peraturan ini juga dibuat untuk mengekalkan corak aliran air di dalam kawasan yang dilitupi tumbuhan. Keadaan keseluruhan topografi yang berada di dalam keadaan sangat berbukit dan bercerun ini memerlukan penelitian yang rapi dalam penyediaan cadangan pembangunan di kawasan ini.

Pada peringkat perancangan dan rekabentuk pula, Jabatan telah mengambilkira aspek kemampanan dan ‘self sustain of the park’ bagi tujuan mengurangkan bebanan Kerajaan. Pemilihan pendekatan pembangunan arboretum park adalah perancangan jangka panjang untuk meminimakan kos pengurusan dan penyelenggaraan taman kerana komponen utama arboretum park adalah penanaman pokok jenis pohon (trees) dari kaum diptrokap dan bukan diptrokap yang bersaiz besar. Dalam jangka masa panjang, pokok jenis pohon tidak memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan rutin dan intensif berbanding pokok hortikultur hiasan (ornamental). Selain mengurangkan kos penyelenggaraan, hasil yang dikutip dari pembangunan hutan komersial ini boleh dijual untuk menampung kos pengurusan taman.

Oleh yang demikian, pewujudan persekitaran ini merupakan selling point yang baik untuk masa hadapan di mana kawasan ini menyasarkan high end user untuk disewa dan dibangunkan dengan pembinaan hotel oleh pelabur yang berminat dalam tempoh 50 tahun akan datang bila mana pokok yang di tanam telah matang. Selain itu, salah satu komponen yang dirancang dalam Zon Pentadbiran taman adalah membangunkan kemudahan Garden Center untuk tujuan peruncitan hasil dan produk seni taman seperti bunga-bungaan dan hiasan landskap. Kemudahan yang disediakan ini akan disewakan kepada peruncit dan pemborong landskap yang berminat di mana potensi perkembangan perniagaan di sini adalah baik berdasarkan jumlah pengguna taman yang tinggi dan kedudukannya yang strategik. Satu lagi potensi penjanaan pendapatan yang boleh dimanfaatkan adalah mengenakan yuran perkhidmatan kepada orang awam yang menggunakan taman atas tujuan bukan rekreasi. Antara aktiviti yang boleh dikenakan sewaan adalah penggunaan kawasan taman untuk penggambaran filem dan iklan, penganjuran acara sukan lasak seperti mountain bike dan cross country run, penyewaan kawasan untuk tujuan acara tahunan kekeluargaan dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, sebagai sebuah taman persekutuan yang merupakan kawasan hijau utama (green lung) di Kuala Lumpur, taman ini berfungsi sebagai muzium hidup yang mempamerkan dan memelihara pelbagai jenis tumbuhan serta pokok yang berasal dari Negara ini dan juga kawasan tropika khatulistiwa yang lain. Kawasan yang kaya dengan pokok dan ambien taman yang terhasil bukan sahaja akan menjadi kawasan rekreasi untuk penduduk di sekitarnya dan di kawasan Lembah Klang tetapi juga akan menjadi kawasan pemuliharaan kekayaan dan keunikan khazanah tumbuhan Negara yang akan dimanfaatkan untuk pendidikan alam sekitar dan juga penyelidikan.

Sumber : Cadangan Pembangunan Taman Awam Berskala Besar, Nov 2006
                 Cadangan Pelan Induk Landskap Taman Persekutuan Bukit Kiara, JLN, KPKT
                 Laporan Akhir Kajian Inventori dan Kesesuaian Spesies Pokok di Taman Persekutuan Bukit Kiara


Article: Bukit Kiara Federal Park, Kuala Lumpur

Bukit Kiara Federal Park (TPBK) is a ‘green lung’ area located in the middle of a high-density urban area of Kuala Lumpur. This 404.2-acre park has its own history. Since the early 1980s this area has been allocated as a green area to be developed as a National Arboretum. On 1 August 2010, the National Landscape Department took over the management and maintenance of the Bukit Kiara Federal Park from the Kuala Lumpur City Hall (DBKL).

In 2011, the National Landscape Department has produced a Proposed TPBK Landscape Master Plan with the concept of TAMAN + ARBORETUM. The concept of TAMAN + ARBORETUM is to make the green area of ​​Bukit Kiara as a living museum that houses a collection of plants. It covers the main trees, forest trees, shade trees and landscape trees in addition to a variety of other interesting plant collections as well as having various ethnobotanical and conservation values. The development of crop collection areas and planting styles is proposed and designed according to the forestry and landscape architecture approach based on the natural conditions of the site, namely hilly and sloping. In addition, the existing condition of the area filled with rubber trees and secondary forest trees as well as the headwaters of the Penchala River is still not polluted. Its future development will also take into account the ecological balance of the green area by enhancing biodiversity, describing the sustainable function of the park for future generations and highlighting the beauty and uniqueness of the area as a park that can be an icon and green landmark in the capital.

Park + Arboretum will also be an attraction to all walks of life regardless of whether it is the public, students or researchers. Visitors will be attracted to come and explore the available crop collection, participate in learning and interpretation programs as well as appreciate the garden environment by conducting leisure and recreational activities to achieve a healthy and quality life.

Based on the distribution of open space and recreation in the Kuala Lumpur Structure Plan 2020, the existing open space in Bukit Kiara and the surrounding green areas will be maintained. A botanical garden (arboretum) will be developed north of Bukit Kiara Park anticipates creating a network of open spaces that continue to include a golf course to the South, equestrian centers and recreational facilities to the East, thereby forming a network of green areas and vast open spaces.

The results of the study found that the development of Bukit Kiara Federal Park can be divided into 6 Development Zones. This development is based on current surface conditions and inventory on site.

The Administrative Zone and Garden Center are one of the most important components in the development of this park. It covers the components of administration, learning, industrial clusters, support facilities and family recreation.

Next, the Arboretum Zone, the arboretum park area covers about 65% of the total area of ​​the Bukit Kiara Kuala Lumpur Federal Park. It will house a ‘living museum’ for a collection of tropical plants, especially species of forest trees and other tropical plants. The Equatorial Tropical Zone – Asia consists of woody forest species among Asian Pacific countries including from India to South China, Malaysia and Indonesia to Mainland Australia.

In addition, there are ecological and nuclear diversity of small theme parks such as High Value Arboretum Zone, Community Forest Zone / Our Kiara Forest, Fern Species Collection, Bamboo Species Collection, Rare Fruits, Heliconia and Ginger, Climbing Plants, Palms, Herbs and Medications. Apart from that, the Botanical Garden Zone was also created specifically for research and learning purposes. Equatorial Tropical Zones – Africa, America, Riparian / Hydrological Conservation Zone and Biodiversity Zone (Forest Restoration) are other zones that are natural buffer and enrichment zones.

The Bukit Kiara Federal Park area consists of areas with hilly and undulating topography. The lowest point is 61m while the highest point in the park is 264m above sea level. The total area of ​​this area is estimated at 466.86 acres with this highest area being at the top of a hill in the Northwest. Overall, the terrain in the northern part of the study area is an area with steep slopes.

So, in this area there is also a water catchment area that can be used to carry out passive-shaped activities while in the southern part of the study area, it has a wavy terrain and sloping suitable for carrying out active activities. However, according to forestry and agricultural practices, topography above 40 degrees is not suitable for any activity.

In addition to avoiding the risk of landslides, this rule is also made to maintain the flow pattern of water in the area covered by plants. The overall condition of the topography in this very hilly and sloping condition requires careful research in the preparation of development proposals in this area.

At the planning and design stageon the other hand, the Department has taken into account aspects of sustainability and self-sustainability of park for the purpose of reducing the burden of the Government. The selection of the park arboretum development approach is a long-term plan to minimize the cost of management and maintenance of the park because the main component of the park arboretum is the planting of large trees from the Dipterocarp and non-Dipterocarp family. In the long run, large trees do not needroutine and intensive maintenance workcompared to ornamental horticultural trees.In addition to reducing maintenance costs, proceeds collected from the development of this commercial forest can be sold to cover the cost of park management.

Therefore, the creation of this environment is a good selling point for the future where this area targets high end users to rent and develop with the construction of hotels by interested investors in the next 50 years when the trees planted have matured. In addition, one of the components planned in the Garden Administration Zone is the development of Garden Center facilities for the purpose of retailing of garden art products and products such as flowers and landscape decoration. The facilities provided will be rented out to interested retailers and landscape wholesalers where the business development potential here is good based on the high number of park users and its strategic position. Another potential revenue generation that can be utilized is charging service fees to the public who use the park for non-recreational purposes. Among the activities that can be rented are the use of park areas for filming and commercials, organizing extreme sports events such as mountain biking and cross-country run, renting areas for the purpose of annual family events and many more.

In conclusion, as a federal park which is the main green area (green lung) in Kuala Lumpur, this park serves as a living museum that showcases and preserves various types of plants and trees originating from this country as well as other equatorial tropics. The area rich in trees and garden ambience produced will not only be a recreational area for the surrounding population and in the Klang Valley area but will also be an area for the conservation of the wealth and uniqueness of the country’s plant treasures that will be utilized for environmental education and research.

Source:  
Large-Scale Public Park Development Proposal, Nov 2006. 
Proposed Bukit Kiara Federal Park Landscape Master Plan, National Landscape Department, Ministry of Housing and Local Government.
Final Report of Inventory Study and Suitability of Tree Species in Bukit Kiara Federal Park.