MyParks Dalam Pembangunan Program LA21, Taman Komuniti Putrajaya P14

Program LA 21 Putrajaya telah dilancarkan pada 2009 dan akan melancarkan Taman Komuniti Putrajaya P14 sempena tahun ke 10 pada 2019.

Persatuan MyParks Malaysia telah diberi kepercayaan untuk merancang dan melaksanakan pengisian taman ini sebagai koordinator program bagi memandu penglibatan komuniti berlandaskan kerjasama antara komuniti, NGO, swasta dan pihak Perbadanan.

Program ini akan menjadi platform untuk membangunkan industri jualan produk-produk taman, landskap dan agro-ornamental berasaskan bahan asli serta teknologi hijau.

OBJEKTIF LA21 PUTRAJAYA

Memperkasa komuniti masa depan melalui latihan kemahiran dalam pengunaan teknologi dan komunikasi untuk menjana inovasi komuniti yang mampu menjana sumber dana bagi pendapatan mampan bagi program-program pembangunan komuniti setempat secara berterusan.

Melatih anak-anak sekolah melalui program selepas sekolah bagi membantu anak-anak dengan kerja rumah, bersukan, seni, muzik, kemahiran dalam kerja mengikut skim Sijil Kemahiran Malaysia serta kemahiran kehidupan berpandukan amalan agama.

TUJUAN AKTIVITI TAMAN KOMUNITI PUTRAJAYA P14

Menyediakan program latihan kemahiran-Program lepas sekolah.

Menyediakan latihan pengurusan nurseri dan pusat taman kepada komuniti – One-Stop Garden Centre dan program komuniti lain